feedburner

.

Kreditkan Lawak Internet

Segala apa jua artikel mahupun material yang terdapat dalam blog ini adalah tidak tertakluk kepada sebarang hakcipta dan bukan dibawah tanggungjawab pihak saya, namun begitu sebarang perkongsian(copy & paste) di forum, website ataupun lain-lain perlulah dikreditkan kepada blog ini . Kerjasama dari pihak anda adalah amat dihargai.

Jika anda berminat untuk share sebarang artikel,video,gambar ataupun material yang berunsurkan lawak/humor e-melkan kepada yakuza_chenang@yahoo.vom

Wasiat Ntok Isteri Tersyang

Labels:

Bush Dah Insaf ( Alhamdulillah)

Labels:

Dengan Ini Saya Mengisytiharkan Bush Telah Insaf...

Klik Sini Untuk Gambarnya

Telur Rebus

Labels:

Citer dari kawan aku
Aku dapat citer nie dari kawan aku... cam nie citer dia...

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan
telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap
agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam
makan
telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan
tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang
rumah
aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar
akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan
nasi
dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
berjalan
balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam
sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku
tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata
dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku
sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat
hal,
tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance
aku
pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...
bau
boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak..
ada
lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau
dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam
bau
telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri
aku
ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah,
kali
ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku
bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh
lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia
power
gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai
la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....
lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri
aku
kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY
BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku
hari ni
le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku
terus
melopong...ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik
ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah
rumah rumah aku pun ada!!.

Once Upon A Time At KLCC

Labels:

Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...

Suami Yang Baik

Labels:

Irra sedang tenat ditempat tidur menunggu ajal nya yang hampir tiba, ia dipangku oleh suaminya Awie yang sudah berlinang air mata....di tangannya masih berada saputangan untuk menghapus air mata yang berjatuhan....kemudian si Irra berbisik.. "Bang Wiee ku sayang.."(dengan suara yang lemah..).... "Ssshhht....sudahlah Irr jangan terlalu banyak bicara".... "Bangg". (dengan nada kesakitan dan kepiluan...) Irra memaksa untuk berkata-kata... "Aku mau mengatakan sesuatu bangg...aku ingin membuat pengakuan.." .....terus si Awie menyapa .."Tiada apa lagi yang harus kau akui Irr...sudah berehatlah..."(sambil menghapus air matanya Irra)... "tidak...tidakk...tidakk...Yang seharusnya Irr harus beritahu sesuatu pada abang Wie sekarang, biar Irr tenang nanti......bangg aku pernah tidur dengan adik mu,sahabat mu, dan ayahmu..hhhgggh..." ucap Irr dengan nada teresak-esak...... terus si Wie menyambung kata-kata si irr..." suudahlah Irr jangan paksa diri kau berbicara terus,..tidak apa-apa, aku tidak kisah semua itu, aku sudah tahu semuanya itu .....kalau tidak kenapa aku meracuni engkau dengan racun tikus untuk apa..?"

Malu

Labels:

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... .

Labels:

Kisah benar... .bacelahh sampai habisss... . Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah danJamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh... !!

Alahai Menantuku

Labels:

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

Cerita SignBoard

Labels:


HIHIHHIHIHIHIHIHI Jgn Lupa Baca Moral Dia

The Biggest Tiger In The World

Labels:

Gambar Harimau Terbesar Di Dunia

klik sini untuk lihat

Lawak Pendek(Lagi Hampeh Punya Salim)

Labels:

am sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim adalah PENGETUA SEKOLAH!!

Lawak Pendek(Hampeh Punya Orang Tua

Labels:

Satu hari wak kasim hendak pergi memancing ditengah laut. setelah semua peralatan memancing dibawa,wak kasim pun menaiki sampan sehingga di tenggah laut.tiba-tiba sampan wak kasim pun bocor... dia pun menggelabah... puas di carinya pelampung..tetapi tak jumpa... .oh! baru dia teringgatrupa-rupanya pelampungnya tertinggal di rumah... wak kasim pun cepat-cepat berenang hingga ke pantai hendak balik kerumah untuk ambil pelampungnya... .

Benang & Sudu

Labels:

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Maksud Peribahasa Pada Zaman Skarang

Labels:

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang
mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer................

maknernya.................


Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......


Pergi lah buat kerja!!!!!

Nama & Kaler

Labels:

Salah Colour.......

pada suatu hari ENCIK RAMLI menelefon sebuah syarikat untuk mengorder barang

ENCIK RAMLI:hellow....boleh saya bercakap dengan MR.Brown

SETIAUSAHA:Eh sorry.ini pejabat Mr.Black

ENCIK RAMLI:Opppsssss...salah colour pulak

Bapaknya Pondan

Labels:

Bapak.....

pada suatu hari yang tenang di bawah sepohon pokok yang redup

ali :amin meh sini jap.aku nak bagi teka-teki

abu:ape dia teka-tekinyer

ali :ko dendar ayat ni`bapak beli kupon dan tiket'kalau buang beli gan tiket,ape jadi

abu:eleh senang jer .`bapak kupon dan'

ali :apa?bapak ko pondan?tak sangka aku......hahaha

Soalan Bodoh

Labels:

Klik Gambar Untuk Gambar Yang Lebih Jelas

Sarun Betik

Labels:

Teka-Teki Atuk Kepada Atan

Labels:

Di satu tempat yang aman damai, kelihatan dua insan iaitu Atan dan atoknya.
Lalu Atan mengajak atoknya bermain teka teki. Atoknya pun angguk tanda setuju.

ATOK : Atan, dengar apa yang atok nak cakap kat Atan nie yerrr
ATAn : Ok, Atan always ready for atok.
ATOK : Soalannya adalah : KENAPA UBI JADI KERAS ?
&
KENAPA POMPUAN PREGNANT ?
&
KENAPA POLIS CEKUP PENJENAYAH ?

ATAN : Alamak, susahnya soalan Atok nie. Atan berfikir kira-kira 5 minit namun masih buntu. Akhirnya dia berserah kalah pada soalan atoknya itu.
ATOK : Oleh sebab Atan tak dapat jawap maka biarlah atok bagitau jawapannya.
ATAN : ( kelihatan beria-ia ingin tahu )
ATOK : Jika Atan main meriam buluh, adakah lepas Atan bakar sumbunya maka Atan akan berdiri di situ juga?
ATAN : mana boleh atok,kita kena cabut cepat-cepat supaya yak kena percikan letupannya.
ATOK : pandai cucu atok nie ya. Begitu juga jawapannya dengan jawapan bagi " KENAPA POLIS TANGKAP PENJENAYAH ? " itu, Atan faham bukan ?
ATAN : Oooo.... Polis tangkap penjenayah sebab dia lambat cabut yer tok.
ATOK : ( angguk tanda setuju )
ATAN : lagi 2 tue apa jawapnya tok
ATOK : LAin kali yer, atok menjawab.
ATAN : lalu Atan pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya.

Di malam itu, Atan masih lagi terfikir apakah jawapan bagi 2 soalan itu lagi. Hingga ia disapa oleh ayah dan ibunya yang mengandung 4 bulan. lalu, Atan mula terfikir utk bertanyakan hal itu kepada ibu bapanya. lalu dia menceritakan semula segala perbualan Atan bersama atoknya sambil bertanyakan jawapan bagi 2 soalan yang masih menjadi "misteri" dalam hidup Atan.

IBU dan BAPA ATAN : ??? ( merah padam mukanya tersipu2 )

Balik Lewat

Labels:

Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem
mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih,
kemudian meninggikan
suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!" Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.

Teletubbie Yang Seksi

Labels:


Hehehe sapa nak wat bini bleh la

Awekku Dan Keretaku

Labels:

Assalamualaikum..

seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa....adapun aku dilahirkan
pada hari Khamis,sampai ke hari nie aku tak tau apesal tok aku bagi aku
nama tue...maybe hari isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier
merangkap mak aku kot...mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang
nie...takde kuasa aku nak tau...baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

dan untuk pengetahuan kau...seperti yg kau lihat...dan sememangnya
dinafikan lagi...aku dilahirkan sehensem-hensem umat...kerana itulah
jugak...berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang....siap
ada listing lagik...

tapi ada satu bende yang sedih....setiap kali awek yg kuar dgn aku
mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku...aku pun tak tau apsal..

Intan,awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar
borong.dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn
diri aku...dier le awek aku yg paling last....muktamad dah nie...surat
menyurat takkan dilayan.....kalo intan tinggalkan aku....cam awek awek
aku yg dulu..sumpah aku tak nak kahwin...

bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating
intan akan bersungut dan bersesunggut kalau aku
bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak
bershape macam keris...macam macam dier komplen..dier tau aku keje
sebagai driver...takkan takde kete...bawaklah kereta awak tue..takkan
nak terperap kat rumah je...tak syok la naik moto..rambut berserabut
lar..muka cair lar...kain terselak lar..malu nanti orang tengok
lar..tak

buleh nak seksi lar...

but aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete
aku...sure itulah kali last aku akan jumpa intan.....intan sure akan
mintak break or maybe menghaibkan diri terus...berdesing telinga aku
shah...aku cakap kat dier....baiklah....esok aku akan datang naik kete
besar....jauh lagi besar dari kete mesedis....

seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn
intan...intan terus mengahaibkan diri.....aku dah agak dah mesti
terjadi punyer.......

cuma je satu yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua
..especially depa yang pernah jadi awek aku...or bakal awek aku....jgn
korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie....satu hari
nanti...ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie.....



Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian

Cara Menjawab Telefon

Labels:

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan
kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan
yang
betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le
korang
boring sangat kalu jadi operator).
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

Hantu Tara Kapla

Labels:

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1
pagi, jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan
keadaan gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang
cakap kat jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer,
sambil bersiul, mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah
jalan kat bus-stop mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak
pakai baju kurung, rambut panjang, dia tahan motor mamat ni,

mamat ni pun berentilah, tanya kat awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2
malam ni?" awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak
datang2, rumah saya kat depan tu, boleh tumpangkan
saya?" "errrr...bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni
takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side
mirror dia..alamak !!! mana pegi awek ni..." aaaaaaaaahhhhhhhh...tak
kepala!!! hantu tak de kepala!!!! aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni
punya ler pecut sebab kecut perut ada hantu tak ada kepala kat
belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai kedengaran, lagi kuat dia
pecut, lagi kat suara tu ketawa,

sampai rumah mamat ni terkejut bukan
main sampai putih muka dia "naper abang pecut, sampai nak terkeluar
anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah saya", rupanya mamat
tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna hitam, memanglah tak
nampak kepala....

Markah Seri???

Labels:

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!",

Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"

Pengalaman Seram Pemancing

Labels:

Kisah seram si pemancing


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. Hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Mengandung Anak Gajah

Labels:

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api.
Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri.
Dia merasa ada yang menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang.
Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri.
Melihat wanita hamil itu maka lelaki bertanya pada wanita itu:

Lelaki: Hi... kakak hamil ya?
Ibu hamil: Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita itu dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya) Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil: (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan
pertanyaannya) Isinya orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil: (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar (sambil
menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Kejut Orang Sahur

Labels:

TIPS KEJUT ORG BERSAHUR:

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu, dan goyangkan perlahan lahan.. sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia, sambil panggil nama dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak effect

1. Jerit nama dia kuat kuat, pastu terajang
2. Gigit ibu jari kaki dia, cam antu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat-kuat then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami! tsunami!
6. Jerit api! api! api! pastu ketuk pakai periuk panas
7. Letak kfc ke mcd ke takpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung

Tapi kalau still tak effect jugak, ni je la cara terakhir

1. Pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. Pergi kat dia, baca je surah Yaa sin!

Karangan Yang Menakjubkan

Labels:

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari dibelakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.

Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Ps:Karangan ini hanyalah rekaan semate-mate, tiada kene mengene antara hidup dan yang mati

Belajar Bahasa Inggeris

Labels:

seorang anak yang baru menghabiskan pelajaran nya di luar negara telah di uji oleh ayahnya yang tidak tahu berbahasa inggeris....

ayah : "mat, apa bahasa inggerisnya buku..??"

mat : "de buk" (merujuk kepada the book)

ayah : "kalu pen.??"

mat : " de pen" (merujuk kepada the pen)



dan si ayah pun mentafsir kan bahawa setiap perkataan melayu, hanya perlu di tambah "de" dan ayat itu di pendekkan depan nya saja ...(sebab beliau mendengar 'de buk' dan 'de pen'). apabila di tempat ker, si ayah ni ingin menunjukkan kehebatan beliau berbahasa inggeris kepada rakan sekerjanya juga yang tidak tau berbahasa inggeris....

ayah : "aku sudah boleh berbahasa inggeris. rupanya bahasa inggeris sangat mudah di pelajari.."

rakan sekerja : "betul ke??"

ayah : "betulla.."

rakan sekerja : " kalu gitu cemana nak sebut kambing makan rumput, kuda lari lari dalam bahasa inggeris.?"

ayah : "itu senang jerr..."

rakan sekerja : "apa die.??"

ayah : " de kam mak rum, de kud lar lar..

Muthu Si "Pandai Jawap"

Labels:

MUTHU & THE INTERVIEWER
Interviewer: "What is your birth date?"
Muthu : "13th October."
Interviewer : "Which year?"
Muthu : "Every year."
*****

MUTHU & HIS MANAGER
The Manager asked Muthu at an interview... .
"Can you spell a word that has more than 100 letters in it?"
Muthu replied: "P-O-S-T-B-O- X."
*****

MUTHU & LONDON TRIP
After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, "Do I look like a foreigner?"
Wife: "No! Why?"
Muthu : "In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. . that's why."
Wife : ?????????
*****

MUTHU & TOURIST
A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...
Muthu said, "No sir, only babies were born here."
*****

MUTHU & HIS EXPERIMENT
Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to "WALK! WALK!"
The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked.
Then he cut off the third leg and did the same.
Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk!
But the cockroach didn't walk.
Suddenly, Muthu said loudly, "I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf."
*****

MUTHU & DRIVER
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.
Muthu shouted, "You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive."
*****

MUTHU GOES TO HOTEL
Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin.
Seeing this, the manager asked what was he doing.
Muthu pointed towards the signboard

"* WASH BASIN * "
*****

MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART
Interviewer : "Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?"
Muthu: "It's simple.. I will just stop my imagination. "
*****

*Oh... Lastly.... I forgot ............ the funniest...*

At a political rally, Muthu was arrested. Why????????? ???
Because a lady journalist with a badge which read "*PRESS*" pinned on the right part of her blouse walked past him... and he did it!

Sign Board Pelik

Labels:







hayya pelik2 zaman sekarang nih