feedburner

.

Kreditkan Lawak Internet

Segala apa jua artikel mahupun material yang terdapat dalam blog ini adalah tidak tertakluk kepada sebarang hakcipta dan bukan dibawah tanggungjawab pihak saya, namun begitu sebarang perkongsian(copy & paste) di forum, website ataupun lain-lain perlulah dikreditkan kepada blog ini . Kerjasama dari pihak anda adalah amat dihargai.

Jika anda berminat untuk share sebarang artikel,video,gambar ataupun material yang berunsurkan lawak/humor e-melkan kepada yakuza_chenang@yahoo.vom

Nenek Mengidam

Labels: ,

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk.

"Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh. Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100." Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang disprey beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200.

"RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.

0 comments:

Catat Ulasan